? ??????????????Island? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (98 Ratings)??2 Grabs Today. 14600 Total Grabs. ??????
Get the Code?? ?? ?????Blue Sky? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (39 Ratings)??2 Grabs Today. 7012 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, April 25, 2009

Kuliah 19 April 2009

Kuliah pada 20 April 2009
oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin :



1.0 Definisi kajian
2.0 Prinsip asas dalam kajian
3.0 Proses kajian
4.0 Kepentingan kajian kepada pendidik
5.0 Jenis-jenis kajian tindakan


1.0 Definisi kajian


Kajian adalah satu proses yang melibatkan langkah-langkah tertentu untuk pengumpulan dan analisis data bagi mendapatkan atau meningkatkan kefahaman ke atas sesuatu topik atau isu yang menjadi persoalan. Dalam erti kata lain, kajian bertujuan mencari jawapan kepada sesuatu persoalan dalam sesuatu isu yang dibincangkan.

Kajian juga menekankan perkembangan generalisasi, prinsip atau teori yang di kaji untuk tujuan jangkaan perubahan tingkah laku di masa akan datang. Penyelidikan atau kajian bergantung kepada pengalaman pemerhatian atau bukti empirikal di mana kajian melibatkan pemerolehan data daripada sumber primer ataupun dengan menggunakan data sedia ada untuk tujuan yang baru (Best, J.W. 1977).

Kajian tindakan pula menurut definisi daripada Wikipedia, adalah satu proses refleksi penyelesaian masalah yang progresif yang diterajui oleh individu yang bekerjasama dengan sesebuah komuniti untuk memperbaiki cara pendekatan sesuatu isu dan penyelesaian masalah terhadap isu tersebut. Selain itu,kajian tindakan juga boleh diterajui oleh organisasi ataupun institusi dan dalam masa yang sama di bantu oleh penyelidik profesional dengan tujuan untuk meningkatkan strategi, praktikal dan pengetahuan sedia ada.

Menurut Best,J.W (1977) kajian tindakan melibatkan penglibatan kedua-dua profesional dan guru dalam kajian dan applikasi kajian dalam bidang meneyelesaikan masalah berkaitan pendidikan dalam bilik darjah. Kajian tindakan memberi tumpuan kepada applikasi segera di mana hasil kajian di nilai dari sudut kesesuaian secara khusus bukannya secara umum. Misalnya hasil kajian terhadap permasalahan yang timbul dalam kelas 3 Intelek hanya di applikasi dalam konteks kelas tersebut sahaja bukannya untuk applikasi universal bagi tujuan memperbaiki mutu amalan praktikal di sekolah dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan tindakan seseorang dalam memperbaiki amalan praktikal. Tujuan kajian tindakan adalah untuk menggabungkan fungsi kajian dengan perkembangan guru dari sudut kualiti objektif, kaedah proses penyelidikan, cara berfikir dan keupayaan untuk bekerja secara harmonis dalam komuniti. Lazimnya, kajian tindakan banyak melibatkan peranan guru dalam bilik darjah di sebabkan guru mempunyai kekurangan masa, sumber serta kemudahan teknikal untuk menjalankan penyelidikan yang lebih berkonsepkan penyelidikan formal.

Oleh itu, kajian tindakan dilihat sebagai satu kaedah penyelidikan yang paling efisien untuk seorang guru bagi tujuan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.


2.0 Prinsip asas dalam kajian






Langkah-langkah asas dalam menjalankan kajian







3.0 Proses-Proses Yang Terlibat dalam Kajian.





4.0 Kepentingan kajian kepada pendidik

(i) Menambah ilmu pengetahuan dengan :
-mengembangkan pengetahuan sedia ada
-meluaskan perspektif
-mengembangkan idea baru
-mengkaji jurang dalam suatu bidang
-mereplikasi kajian lepas dengan menguji pada situasi atau sampel yang berlainan.

(ii) Menambah baik amalan sedia ada


(iii)Mendebatkan sesuatu polisi.


(iv)Membina kemahiran malakukan penyelidikan.


(v)Guru meneliti/ menyelidik/ mengkaji secara sistematik ke atas suatu amalan bagi tujuan :
penambahbaikan (bagaimana suatu teknik, kemahiran atau strategi dapat ditingkatkan dan memberi impak kepada pelajar) serta menggalakkan perkembangan profesional.


5.0 Jenis-jenis kajian tindakan



Contoh kajian tindakan :


Kajian tindakan yang akan dijalankan adalah untuk melihat perbandingan prestasi di antara jenis pembelajaran kooperatif menggunakan kaedah Jig Saw dan kaedah pembelajaran individu. Kajian ini bertujuan bagi melihat sejauh mana keberkesanan teknik pembelajaran kooperatif berbanding teknik pembelajaran individu. Kajian ini melibatkan kumpulan pelajar yang sama tetapi teknik pembelajaran bagi dua tajuk yang berbeza menggunakan pendekatan teknik yang berlainan iaitu teknik pembelajaran kooperatif dan teknik pembelajaran individu. Perbandingan pencapaian prestasi di antara kedua-dua teknik di ukur dalam keputusan peperiksaan bagi setiap tajuk.


*kuliah seterusnya 27 April 2009 - model kajian tindakan












0 comments: