? ??????????????Island? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (98 Ratings)??2 Grabs Today. 14600 Total Grabs. ??????
Get the Code?? ?? ?????Blue Sky? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (39 Ratings)??2 Grabs Today. 7012 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, May 28, 2009

Kuliah 5- Dr. Hjh Halimah Harun

Aktiviti 1:
Pelajar di minta menjawab beberapa soalan dalam sehelai kertas kosong. Antara soalan yang diberikan adalah :



1.biodata diri.
2.alasan memilih kerjaya guru
3.ciri-ciri guru yang di minati
4.ciri-ciri guru yang tidak disukai
5.tugas sebenar seorang guru


Aktiviti 2:
Pelajar di minta melukis gambaran sebatang pokok di helaian kertas yang sama di mana gambaran pokok ini sebenarnya menampakkan ciri-ciri peribadi seseorang


Aktiviti 3:
Pelajar di minta membentuk kumpulan yang terdiri daripada lima orang pelajar dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kepercayaan. seterusnya pelajar di minta memberikan tajuk proposal kajian tindakan yang bakal dilakukan. pelajar di beri tugasan menyiapkan proposal dan menghantar proposal yang telah disiapkan kepada Dr. Hjh Halimah Harun pada 28 Mei 2009.


Tajuk kajian tindakan
Teknik Pembacaan al-Quran bagi menangani masalah displin di kalangan pelajar Sekolah Sri Al-Amin.

Nama Pengkaji:
Badrol Hisham Bin Majid.
Ainul Yaqin Binti Abdullah.
Nurul Syuhada Binti Mohd Muzni.
Hasmalina Binti Hamzah.
Nawal Binti Samsudin.

Matlamat Kajian
Kajian ini adalah bertujuan meningkatkan tahap akhlak pelajar-pelajar Sekolah Sri Al-Amin sebagaimana yang dituntut di dalam Islam.

Metodologi Kajian
a) Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah:


i. Peringkat langkah pertama : Tinjauan dan masalah yang dikaji iaitu masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin.
ii. Peringkat langkah kedua : Perancangan teknik pembacaan Al-Quran pada setiap pagi sebelum mula sesi pembelajaran di dalam kelas.
iii. Peringkat langkah ketiga : Pelaksanaan tindakan.
iv. Peringkat langkah keempat : Pemerhatian tindakan.
v. Peringkat langkah kelima : Refleksi atau Renungan dan penilaian kendiri.

b) Sasaran Kajian.
Guru-guru dan pelajar-pelajar bermasalah disiplin Sekolah Sri Al-Amin.

c) Batasan Kajian.
Tempoh masa yang diambil bagi menjalankan kajian ialah selama 8 minggu. Dalam aspek penilaian, kajian ini dibataskan kepada peningkatan disiplin pelajar Sekolah Menengah Sri Al-Amin.

d) Alat Instrumen Kajian.
i ) Soal Selidik : Untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan perkembangan terkini tingkah laku pelajar sekolah .
ii) Temubual : Mendapatkan maklumat mengenai tahap disiplin pelajar bermasalah dari kaunselor sekolah, guru besar dan ibubapa.
iii) Pemerhatian : Untuk menilai keberkesanan teknik pembacaan Al-Quran terhadap pelajar bermasalah disiplin.

Analisis Dapatan Kajian
i) Soal Selidik : Analisis tahap tingkah laku pelajar sekolah.
ii) Temubual : Analisis kandungan.
iii) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan.

Kesignifikanan Kajian
Dapatan kajian ini akan didedahkan kepada :
i) PIBG Sekolah Menengah Sri Al-Amin.
ii) Guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf.
iii) Jabatan Agama Islam Selangor.

0 comments: