? ??????????????Island? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (98 Ratings)??2 Grabs Today. 14600 Total Grabs. ??????
Get the Code?? ?? ?????Blue Sky? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (39 Ratings)??2 Grabs Today. 7012 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, May 12, 2009

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan-Dr. Izham


KULIAH 3 ( 4 MEI 2009)


(A) konsep perubahan
-jenis perubahan
-multidimensi perubahan
(B) model perubahan
(C) kaedah kajian (kualitatif)
(D) Kajian pelbagai Kes (multiple studies)
(E) Pendekatan ‘Grounded Theory’


A. Konsep perubahan dalam pendidikan :



  • Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama dalam menyediakan insan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

  • Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

  • Oliver (1996) dalam ‘The Management of Education Change : A Case Study Approach’ – perubahan di dapati lebih menggambarkan ciri pendidikan berbanding kestabilan.

  • Namun perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.

  • Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku, ia akan meruntuhkan generasi muda.

  • Dalam pendidikan , perubahan mestilah dinamik di mana perubahan mesti berlaku melalui kajian atau penyelidikan.

  • Jenis perubahan adalah seperti di bawah :






MULTIDIMENSI PERUBAHAN



  • Perubahan adalah suatu proses yang kompleks dan dikaitkan dengan :
    (i)Evolusi –hasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa panjang
    (ii)Revolusi-perubahan berlaku dengan pantas dan akan tinggalkan kesan yang membinasakan

  • Perubahan itu multidimensi
    (i)Dalam melakukan perubahan ianya melibatkan pertimbangan yang perlu di ambil kira dari pelbagai sudut.
    (ii)Pertimbangan yang dimaksudkan mengambil kira dimensi-dimensi tertentu yang berkaitan dengan perubahan
    (iii)Terdapat 6 dimensi iaitu:


  • Chambers (1977) ; setiap perubahan itu berbentu kitaran. Setiap kitaran dijangka berakhir dalam 10 hingga 15 tahun. Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan berakhir dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplimentasikan.

B. Model-model perubahan :


(i) Model penggabungan Roger ; bila ada keperluan, baru ada perubahan. Inovasi bermula bila masalah telah dikenalpasti.


#Masalah berdasarkan penyelidikan keadaan semasa , kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang.
#Masalah akan disiasat dan proses menjana idea berlaku tentang kaedah penyelesaian. Fasa ini melibatkan eksperimen dan pelbagai ciptaan. Hasil dapatan di panggil inovasi.
#Menurut Roger, inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan, inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal berdasarkan pemerhatian bagi mencari kaedah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Di sebut sebagai ‘knowing-in-action’.


(ii) Model Kanter.
Kanter (1998) ; struktur dan inovasi boleh di fahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagi kepada beberapa tugas utama.

4 tugas inovasi:
*penjanaan idea
*membina idea
*realisasi idea
*pemindahan idea


(iii) Model Rand
#Berasaskan kajian yang dijalankan Rand Corporation pada 1973-1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan U.S mengenai perubahan pendidikan (Berman & Mc Laughin 1978)
#Tujuan utama kajian – untuk tentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan. #Melibatkan pengumpulan data dan analisis
#Berman & Mclaughin , proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:
*daya usaha
*implimentasi (hantar guru menjalani kursus)
*penggabungan (pengetahuan yang baru perlu rujuk pada yang lama)


(iv) Model Acot
#Berdasarkan projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) –kaji pengenalan komputer dalam bilik darjah.
#Pengkaji buat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
# 5 langkah perubahan dalam P&P iaitu :
*kemasukan
*memilih
*menyesuaikan
*penggunaan
*merekacipta


B. Kaedah kajian (kualitatif)
Kajian kualitatif diguna untuk membongkar dan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara yang hanya di pantau dengan mata kasar dan kurang diketahui penjelasan lanjut berkaitan permasalah tertentu.

C. Kajian pelbagai kes (multiple studies)
Melibatkan lebih daripada satu ‘setting’. Kajian kes adalah rekabentuk yang sesuai di guna jika fokus kajian melibatkan proses.

E.Menggunakan pendekatan ‘Grounded Theory’.
Kaedah ini berlawanan arus daripada prinsip kaedah penyelidikan eksperimental yang bermula dengan hipotesis yang dibangunkan dari sesuatu teori. Kaedah ini bermula dari pengumpulan data seterusnya berakhir dengan pembentukan teori baru. Fasa pertama dalam kaedah ini adalah fasa pengumpulan data menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Hasil dapatan data di kodkan mengikut spesifikasi keperluan dalam kajian yang di jalankan. Persamaan konsep yang wujud di antara data-data yang telah di kodkan akan di kumpulkan dan di namakan atas satu konsep yang sama. Daripada konsep-konsep yang pelbagai, seterusnya kumpulan kategori di wujudkan. Di akhir proses teori baru akan di wujudkan.


Reference

http://en.wikipedia.org/wiki/Grounded_theory



Langkah-langkah terlibat dalam menggunakan pendekatan 'grounded theory'

0 comments: