? ??????????????Island? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (98 Ratings)??2 Grabs Today. 14600 Total Grabs. ??????
Get the Code?? ?? ?????Blue Sky? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (39 Ratings)??2 Grabs Today. 7012 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, April 29, 2009

Kuliah 2 (26 April 2009)

AKTIVITI 1
Selepas Kem Bina Insan Guru II, nyatakan :
(i) Refleksi ke atas masalah dalam diri anda dengan menyenaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda:
-kurang arif dalam pengurusan masa yang cekap
-kurang mantap dari segi stamina
-kurang yakin dalam tindakan

(ii)Rancang pelan tindakan untuk menambah baik


Matlamat umum :
-Membuat perubahan dalam diri sendiri dari segala aspek kelemahan.

Objektif :
-menyusun pengurusan masa yang lebih sistematik.
-menambah aktiviti berkonsepkan jasmani.
-menambah keyakinan diri dengan membina efikasi kendiri.

Pelan tindakan
Langkah-langkah yang perlu di ambil :
(i) menilai kembali kekurangan pengurusan masa pada semester lepas dan perbaiki pengurusan masa dengan mengamalkan pengurusan berkonsepkan ‘time planner’ dengan menyenaraikan ‘date line’ dan ‘progress’ bagi setiap tugasan yang di beri.

(ii)memperbanyakkan aktiviti berkonsepkan jasmani bagi meningkatkan keupayaan fizikal.

(iii)untuk meningkatkan keyakinan diri, saya perlu menerapkan pemikiran yang positif dalam diri bahawa saya mampu untuk buat sesuatu perkara sebaik mungkin tanpa memikirkan sangkaan negatif yang boleh menjejaskan prestasi.

Mengumpul data dan memantau pelaksanaan :
(i)Pengumpulan data dan pemantauan pelaksanaan adalah berdasarkan persepsi rakan-rakan terhadap perubahan tingkah laku saya serta saya juga boleh memantau diri sendiri dengan melihat perubahan amalan harian serta kestabilan emosi dalam menguruskan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah.

(ii)Menilai pelaksanaan :
Dari aspek keupayaan fizikal, selepas melaksanakan perubahan dalam aktiviti harian, saya dapat menilai kembali samada ianya berkesan atau tidak dengan melihat tahap kecergasan sendiri dalam pergerakan ke kuliah dan sebagainya. Dari aspek keyakinan diri, saya dapat menilai sendiri sejauh mana perubahan sikap berlaku dalam diri semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan dan dengan para pensyarah. Dari aspek pengurusan masa, penilaian dapat dilakukan dengan melihat sendiri kepantasan saya menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah. Sekiranya terdapat perubahan berbanding semester lepas, maka di anggap pelaksanaan menuju perubahan dalam diri adalah berkesan.

AKTIVITI 2 (Aktiviti kumpulan)

oleh:

1)Hasmalina Hamzah

2)Jovinia Jovinis

3)Hairol Afifi

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar, nyatakan :


(i)Refleksi ke atas masalah atau penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk.


(ii)Cadangkan satu strategi kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut.

Permasalahan 1 :
Kurang penguasaan kosa kata saintifik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.


Cadangan :
Penggunaan kaedah pembelajarn berbentuk permainan yang melibatkan pelajar. Contoh permainan; Win, Lose or Draw.

Permasalahan 2 :
Kurangnya pengawalan kelas disebabkan penyampaian isi pembelajaran yang kurang menarik dan berkesan.


Cadangan :
Melaksanakan lebih banyak aktiviti yang memfokuskan ‘student centered learning’ iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar.
(i)Dalam bilik darjah- perbincangan dan pembentangan dalam bilik darjah.
(ii)Luar bilik darjah- Web Quest ; aplikasi Web Quest dalam penyampaian isi perbincangan.

TUGASAN 1

Cadangan Ulasan Buku

Tajuk : Action Research Second Edition

Pengarang : Stringer, Ernest T

Penerbit : SAGE Publications, Inc., California.

Tahun penerbitan : 1999

0 comments: