? ??????????????Island? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (98 Ratings)??2 Grabs Today. 14600 Total Grabs. ??????
Get the Code?? ?? ?????Blue Sky? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (39 Ratings)??2 Grabs Today. 7012 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 18, 2009

Kuliah Pn.Sakinah 2 (9 Jun 2009)


Analisis Data
  1. analisis data- proses penggunaan data untuk memberi makluman yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan sokongan keputusan. pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk di analisis.

  2. terdapat 2 cara analisis data :
  • analisis mencari perkara yang tidak terduga

Guru membaca semua data yang diperolehi. Guru akan mendalami perkara-perkara yang tidak dijangka di dapati dalam data samada data itu menunjukkan perkara yang luar biasa, ganjil atau data yang tidak mengikut pola atau jangkaan biasa. seterusnya guru boleh membuat andaian berdasarkan pemerhatian dalaman yang dilakukan untuk meneliti punca sebenar perkara yang tidak diduga itu.


  • analisis secara pola

Penggunaan teknik analisis pola dapat melihat perkara-perkara yang berulang-ulang. Besar kemungkinan pengkaji dapat membandingkan pola analisis yang dijumpai oleh setiap guru dan mencari kepentingan analisis pola dengan perbincangan. Contoh pola yang dapat di analisis adalah seperti faktor masa pelajar untuk membaca skrip komputer, kadar kebolehan membaca pelajar dan amalan kerjasama di kalangan pelajar boleh di rumuskan dengan pola analisis seperti yang terdapat dalam kes kajian tentang kelas komputer.


(Alis Puteh 2008)


3. Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.


4.Cari bentuk pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan,katalogkan pemerhatian, bilang dan bandingkan dan membuat anggaran.


5.cara penyampaian laporan agak berbeza dari bentuk kajian yang lain. Misalnya dalam bentuk jadual dan sebagainya.


Langkah Analisis Data Kualitatif



  1. Langkah pertama
  • tengok secara lalu maklum balas

  • ambil nota tentang tema yang dibincangkan

  • cari pola yang berulang-ulang atau penting

2. Langkah kedua

  • pilih 3 atau 4 tema kategori yang muncul dan bina matriks

  • cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama

  • tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajarnya bahagian tepinya.

  • gunakan kod warna untuk kategori yang berlainan

3. Langkah ketiga

  • jika boleh, bincangkan tinjauan dengan guru lain

  • baca tinjauan (soal selidik) dan 'highlight' kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori.

  • seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina.

4. Langkah keempat

  • tanya

  • rekod pemerhatian pola semasa melihat matriks-pola konsep, pola sikap

5. Langkah kelima

  • apa kesimpulan yang boleh kita buat

  • rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

6. Langkah keenam

  • apa langkah seterusnya yang boleh di buat

  • tinjauan (soal selidik/temubual/penilaian)

  • semak semula persoalan kajian

  • bina modul/aktiviti

  • jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks

  • apa maklumat yang masih diperlukan atas pelajar, kaedah yang digunakan,maklumat latar belakang untuk kajian yang dijalankan.



Kegunaan Data Dalam Plan-Do-Study-Act-Cycle

  1. Plan
  • nilai dan ringkaskan semua data yang ada

  • analisis dan kenalpasti tema utama

  • kenalpasti semua data yang akan memberikan ukuran progress penambaikan

2. Do

  • kumpul data

  • buat kajian rintis untuk pastikan strategi pengukuran dipenuhi

3. Study

  • analisis data yang telah di kumpulkan dan buat kesimpulan

4. Act

  • kenalpasti soalan tambahan yang boleh di guna

  • rancang untuk penambahbaikan berterusan

  • mengumpul data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan

  • kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki tetapi tidak perlu risau

*rakaman video disebut sebagai pemerhatian

*pemerhatian adalah proses yang bukan sebelum dan selepas tetapi sebelum dan selepas selalunya disebut ujian.



Ringkasan

  1. Panduan untuk analisis data mestilah sistematik
  • rekabentuk pendekatan sistematik untuk simpan semua data

  • cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data

  • cari tema dan pola

  • susun data berdasarkan apa yang dipelajari

  • masukkan semua data termasuk data yang tidak menyokong

  • baca dan baca data lebih dari sekali

  • bina imej visual

  • tulis nota ringkas untuk diri sendiri

  • kongsi dapatan di mana perbincangan akan timbulkan soalan baru

  • 'Let data speaks to you'.

2. Proses analisis data

  • analisis semua data (buat nota sepanjang masa)

  • ringkaskan tema kepada 3 hingga 5 idea

  • lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat

  • bina subtema jika perlu

  • simpan nota secara berterusan

  • semak maklumat untuk cari idea yang dominan muncul

  • kenalpasti poin utama

  • cari maklumat luar untuk sokong dapatan kajian


Tambahan



  1. Teknik analisis data :
  • analisis kandungan data

  • mencari perkara-perkara yang tidak terduga

  • analisis secara pola

  • analisis isu dan dilema

  • analisis secara perbincangan

2. Perkara yang perlu di beri perhatian semasa analisis data:

  • melakukan tindakan merefleksi

  • menggunakan teknik triangulasi (melibatkan analisis data dari sumber atau responden yang berlainan)

(Alis bin Puteh 2008)



Rujukan:


Alis bin Puteh.2008.Kajian tindakan di sekolah satu pengenalan. Pure Honey Enterprise. Jitra.


0 comments: