Kajian Kepustakaan
oleh Dr. Siti Fatimah
Dewan Budiman
A.Model Kajian Thompson
B.Definisi
C.Membanding dan membezakan
D.Menganalisis
E.Menilai
F.Membuat kesimpulan
G.Sintesis
______________________________________________________
A. Model Kajian Thompson
B.Definisi kajian kepustakaan
Sorotan daripada bahan literatur seperti buku, jurnal,artikel, seminar dan laporan
Dilakukan secara kritikal ke atas isi penting yang dikemukakan.
Memerlukan aras tinggi ‘taxonomy bloom’ iaitu:
- analisis
- sintesis
- penilaian
INFO - Perkara-perkara yang perlu di persoalkan dalam diri sendiri semasa melakukan kajian kepustakaan:
1. Apakah skop spesifik kajian, permasalahan, dan persoalan yang ingin di kaji.
2.Apakan jenis kajian perpustakaan yang di kaji; isu berkaitan dengan teori, kaedah kajian, polisi, contoh kajian lepas berkaitan.
3.Apakah skop kajian kepustakaan yang di kaji? Apakah jenis penerbitan yang di gunakan (jurnal, buku, dokumen badan kerajaan, media popular) apakah disiplin yang di kaji seperti psikologi kejururawatan, sosiologi, perubatan)
4.Berkesankan pencarian maklumat yang dijalankan? Adakah pencarian maklumat berkaitan sudah cukup meluas untuk memastikan setiap bahan carian yang relevan di jumpai? Adakah jumlah bahan rujukan yang di dapati bersesuaian dengan panjang penulisan kajian yang akan dijalankan?
5. Sudahkah kajian kepustakaan yang di dapati telah di analisis secara kritik ? adakah saya mengikut skema konsep dan persoalan yang ingin di jawab dan perbandingan di antara sumber kepustakaan yang di kaji? Adakah saya telah mengkaji kelemahan dan kebaikan setiap sumber rujukan kepustakaan yang didapati.
6.Adakah pembaca akan mendapati kajian kepustakaan yang digunakan itu relevan, sesuai dan boleh diguna pakai?
Rujukan:
http://www.utoronto.ca/writing/litrev.html
Dena Taylor, Director, Health Sciences Writing Centre, and Margaret Procter, Coordinator, Writing Support, University of Toronto.
C. Membanding dan Membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti, unsur suatu objek atau peristiwa.
Kemahiran ini diguna apabila:
-terdapat dua atau lebih ciri , kemungkinan
-membuat pilihan dan keputusan
Langkah penulisan kajian kepustakaan
(ii)kenalpasti ciri kajian tindakan
Menurut F.D Bluford Library, North Carolina A&T State University, antara lain kemahiran yang perlu digunakan adalah :
(i)kenal pasti skop kajian samada berkaitan dengan kajian terdahulu yang pernah dijalankan oleh pengkaji sebelumnya
(ii)kenalpasti kata kunci yang berkaitan dengan skop kajian tindakan yang akan dijalankan
(iii)kenalpasti sumber rujukan yang boleh digunakan seperti :
-Buku
-Bahan rujukan
-Jurnal
-Kertas seminar
-Dissertasi
-Internet
-Indeks/abstrak
-Pengkalan data elektronik
-Penerbitan badan kerajaan
-Thesis/latihan ilmiah
Rujukan :
F.D Bluford Library, North Carolina A&T State University
http://www.library.ncat.edu/ref/guides/literaturereview03.html
D. Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami satu konsep atau mencari makna yang tersirat.
Diguna untuk memahami huungkait antara bahagian dan memahami prinsip-prinsip yang terlibat.
Analisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
E.Menilai
Membuat pertimbangan sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasrkan bukti atau dalil yang sah.
Kemahiran ini di guna untuk membuat keputusan bagi :
-memilih sesuatu
-menerima atau menolak suatu idea
F.Membuat kesimpulan
Membuat pernyataan tentang sesuatu kajian berdasarkan pada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan suatu perkara berdasarkan penyiasatan
Kemahiran ini di guna untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong pernyataan.
G.Sintesis
Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk hasilkan gambaran menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan.
INFO : Ciri-ciri artikel jurnal yang relevan:
*Terdapat volume atau bilangan penerbitan ke berapa
*Setting kajian
*Implimentasi
*Kaedah kajian yang digunakan
*Keputusan atau pemerhatian
*Rumusan
0 comments:
Post a Comment