? ??????????????Island? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (98 Ratings)??2 Grabs Today. 14600 Total Grabs. ??????
Get the Code?? ?? ?????Blue Sky? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (39 Ratings)??2 Grabs Today. 7012 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, May 24, 2009

Ulasan buku Kajian Tindakan


Tajuk buku :Action Research for Teachers- A Practical Guide
Writers : Jean McNiff and Jack Whitehead
Publisher : David Fulton Publishers


Isi kandungan :


1.Pengenalan
-Apa itu kajian tindakan?
-Apakah kepentingan kajian tindakan?

Bab 1 : Perkara asas yang perlu dilakukan
Bab 2 :Merangka kajian tindakan
Bab 3 :Menjalankan gerak kerja kajian tindakan
Bab 4 :Memantau, mengumpul dan mengintepretasi data
Bab 5 :Menilai kajian tindakan
Bab 6:Mengutarakan hasil kajian dengan pihak sekolah
Bab 7:Berkongsi hasil kajian dengan pihak luar



Defininsi kajian tindakan
Kajian tindakan adalah satu pendekatan lazim yang melibatkan perancangan sistematik yang profesional yang membolahkan pengkaji menyiasat dan menilai hasil kerja mereka setrusnya mewujudkan satu teori baru untuk di praktikkan.



Tujuan utama kajian tindakan
(i)untuk meningkatkan mutu amalan bagi tujuan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
(ii)untuk menghasilkan teori baru


Bab 1 :Perkara asas yang perlu dilakukan
  • Perkara pertama yang perlu dilakukan bagi seorang pengkaji adalah mengenalpasti isu yang ingin di kaji.


  • Seterusnya pengkaji perlu menyenaraikan persoalan 'wh-' dan 'how'. persoalan ini penting bagi memberi panduan untuk pengkaji mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis.


  • Misalnya :



Bab 2 :Merangka kajian tindakan


Kajian tindakan memainkan peranan penting dalam merangka pelan sistematik agar penyelidikan yang bakal dijalankan mengikut urutan yang betul.Kajian tindakan melibatkan beberapa perkara seperti:


(i) merangka tindakan dan memantau tindakan
(ii)merangka gerak kerja refleksi dan pemantauan (iii)merangka rekod perkembangan perubahan yang berlaku (iv)merangka penglibatan pihak lain-melibatkan etika penyelidikan seperti:

  • etika ketika berurusan

  • etika melindungi hak peserta kajian tindakan

  • etika kepercayaan


Bab 3 : Menjalankan gerak kerja


Antara persoalan penting yang perlu di titik beratkan adalah :



  • apakah perkara utama yang dibangkitkan dan kaitkan persoalan tersebut dengan kaedah yang sesuai untuk mencari jawapan kepada persoalan terbabit. Misalnya,




  • apakah yang diharapkan di akhir kajian

  • kenalpasti kaedah penyelesaian yang paling efektif untuk di aplikasikan
  • pastikan cara yang betul bagi pemantauan tindakan, jenis data yang diperlukann untuk pemantauan tindakan, jenis data yang diperlukan, jenis pemerhatian atau bukti yang diperlukan

(i)pemantauan tindakan -boleh dilakukan sendiri atau dengan bantuan orang lain.
-hasil pemerhatian di muatkan ke dalam buku catatan atau di rakam secara audio/video -dapatan data di putuskan samada dilakukan secara harian, bulanan,mingguan dan sebagainya.


(ii)dapatan data -jenis data diputuskan samada ingin dicerap secepat mungkin -dapatan data yang banyak tidak memberi kesan negatif kepada hasil kajian. data yang terpilih sahaja yang akan di nilai


(iii)hasil bukti/pemerhatian -bukti merujuk pada data tertentu yang menyokong hasil akhir kajian yang telah dilakukan.

(iv)bagaimana untuk hasilkan kesimpulan dalam bentuk yang adil dan tepat -perlu disertakan dengan bukti yang kukuh dan lengkap


(v)bagaimana untuk mengubah tindakan selepas penilaian dilakukan
-perubahan tindakan untuk kebaikan perlulah sentiasa berlaku secara konstan dan kebarangkalian kaedah lain yang lebih sesuai adalah perlu kerana dalam era pendidikan, ianya berkaitan dengan pembelajaran sesuatu yang baru dan bersifat dinamik.




Bab 4 :Pemantauan, dapatan dan intepretasi data


(i)pemantauan tindakan-sentiasa perihatin dengan perubahan yang berlaku.




(ii)Dapatan dan intepretasi data.







Bab 5 : Penilaian hasil kajian

(i)Aspek kaedah
-penilaian sentiasa berkait rapat dengan kesahan dan kepercayaan. -pembuktian melibatkan 3 langkah iaitu ;



  • pemilihan kriteria-misalnya ; bagaimana cara untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar?kriteria-samada kualiti pembelajaran mereka berkembang atau tidak.


  • pemilihan data yang sesuai-pemilihan data mestilah menjawab persoalan kajian


  • membuktikan pemerhatian-pemilihan bukti berdasarkan kajian yang dilakukan agar bukti yang di hasilkan itu kukuh.


(ii)Aspek penilaian kendiri guru



  • berkait dengan pihak berkepntingan yang mempunyai pengaruh untuk memperakui kebolehpercayaan teori yang di cipta


  • guru lebih mengetahui apa yang dilakukan kerana penilaian dilakukan berdasarkan praktis


  • perbincangan di kalangan rakan sekerja dan profesional juga boleh dilakukan.


Bab 6 Mengutarakan hasil kajian pada pihak sekolah


(i)menyediakan laporan untuk tatapan umum di mana laporan yang dihasilkan haruslah jelas tentang isu dan permasalahan yang dibincangkan serta penemuan yang dihasilkan.



(ii)Isi kandungan laporan haruslah mengandungi perkara-perkara seperti :



  • huraian tentang kajian yang ingin dijalankan

  • penjelasan yang padat

  • signifikasi-bagaimana kajian yang dijalankan dapat memberi peningkatan kepada pembelajaran dan pengajaran.

  • implikasi kajian terhadap komuniti dan pihak tertentu.


(iii)format penulisan laporan:

  • pengenalan

  • latar belakang kajian

  • konteks kajian

  • kaedah dan rekabentuk kajian

  • dapatan data dan intepretasi data

  • potensi signifikasi kajian

  • implikasi kajian

Bab 7 :Berkongsi hasil kajian dengan pihak luar

Bagaimana untuk berkongsi hasil dapatan kajian dengan pihak luar?Perkara utama yang perlu di titikberat adalah :

  • komunikasi berkesan yang melibatkan-masyarakat dan jaringan elektronik, penerbitan bahan bercetak dan bahan maya, projek dan inisiatif.

  • membangunkan hasil kerja untuk kegunaan polisi pihak tertentu

RUMUSAN PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN DARIPADA BUKU INI




0 comments: